ZIARAH PENGURUSAN SN DATO SHAHNON AHMAD

Pihak pengurusan DBP telah merangkakan ziarah pengurusan ke rumah penulis antaranya Sasterawan Negara. Hal ini dilaksanakan kerana sumbangan penulis yang tidak ternilai kepada DBP serta perkembangan sastera kepada masyarakat secara khususnya.

Bertanya Khabar, dari kiri: Prof Dato' Dr Md Salleh Yaapar, Dato' Termuzi Abdul Aziz, SN Dato' Shahnon Ahmad, Encik Sallehudin Abg Shokeran, Encik Abdul Ghapar Hj Abdullah

Pada 21 Januari 2011 pihak Pengurusan DBP diketuai oleh Prof. Dato Md. Salleh Yaapar Naib Pengerusi lembaga Pengelola, Dato Termuzi Abdul Aziz Ketua Pengarah DBP, Encik Sallehudin Abg Shokeran Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Abdul Nasir Mohd Razali Pengarah Wilayah Utara dan Encik Abd Ghapar Haji Abdullah Ketua Bahagian Komunikasi Korporat telah mengadakan ziarah ke rumah SN Dato’ Shahnon Ahmad di Cangkat Minden, Gelugor, Pulau Pinang.

SN Dato’ Shahnon Ahmad berusia 77 tahun, kini mengidap sakit jantung yang agak kronik. Walaubaimanapun, beliau semakin pulih dan masih mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN). Kunjungan ziarah yang berlangsung selama sejam itu selain bertanya khabar tentang keadaan kesihatan Dato’ Shahnon Ahmad antara lainnya perkembangan aktiviti penulisan pada masa sekarang.  Dato’ Shahnon mengakui masih berupaya untuk melahirkan beberapa buah karya untuk diterbitkan selain menulis esei (kolum khas di majalah Dewan Sastera) dan cerpen.

Pihak Pengurusan DBP menyampaikan cenderamata kepada SN Dato' Shahnon Ahmad

Pihak pengurusan dan seluruh warga DBP mendoakan kesihatan SN Dato’ Shahnon Ahmad bertambah baik dan sihat sentiasa.

About admin