PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DBP – MEDIA PRIMA (TV3)

Oleh: Abg Ramlee Abg Muhi

Patah sayap, bertongkat paruh….begitulah kata-kata yang boleh digambarkan kepada pasukan DBP ketika berjaya menewaskan pasukan Media Prima dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada malam 25 Januari 2011. Biarpun menang tipis 1 – 0 pada perlawanan tersebut namun semangat juang yang ditunjukkan sehingga ke titisan peluh terakhir oleh pasukan DBP harus mendapat pujian daripada semua pihak.

Pasukan bola sepak DBP

Pasukan bola sepak Media Prima

Syabas dan tahniah kepada pasukan DBP kerana telah berjaya mempamerkan persembahan yang terbaik dalam perlawanan tersebut biarpun mendapat tentangan yang sengit daripada pasukan lawan. Gol kemenangan pasukan DBP dijaringkan oleh Muhd. Rafiq Abd. Rahman pada minit-minit terakhir perlawanan.

 

Antara lain perlawanan ini bertujuan mengeratkan kerjasama antara kedua-dua pihak terutama berkaitan perhubungan media dan DBP. Di samping itu matlamat utama perlawanan diadakan adalah merupakan salah satu program DBP turun padang. Merapatkan staf DBP dengan semua media cetak dan elektronik bagi sama-sama menyemaikan semula keyakinan semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha memperkasa dan memartabatkan  bahasa kebangsaan serta yang pentingnya meletakkan bahasa kebangsaan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya rakyat Malaysia yang mencintai agama, bangsa dan negaranya harus juga mencintai bahasa kebangsaan.

paukan bola sepak DBP dan pasukan bola sepak Media Prima (Tv3) bergambar kenangan

 

Turut hadir menyaksikan perlawanan pada malam tersebut ialah Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar, manakala DBP dihadiri oleh Encik Sallehuddin Abang Shokeran Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera dan Encik Abd. Ghapar Abdullah Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP.

Turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara DBP dengan TV3, Pengerusi Media Prima Dato' Johan Jaafar, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera dan Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Encik Abd Ghapar Hj Abdullah

Diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

About admin