LAWATAN DARI AHLI DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) KAWASAN JERANTUT

Oleh : BADARUL HISHAM MOHD ISA

 

Program Lawatan agensi luar ke DBP telah menjadi salah satu program penting ke arah memantapkan hubungan sinergi antara DBP dengan pihak luar. Antaranya rombongan daripada Jabatan Kerajaan, IPTA/IPTS dari dalam dan luar negara, sekolah dan lain-lain.  Pada tahun 2010, sebanyak 39 buah agensi luar telah membuat lawatan ke DBP termasuk agensi daripada luar negara antaranya Universiti Prince of Songkla, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand, Pusat Bahasa Melayu Singapura dan lain-lain.

 Baru-baru ini, DBP telah menerima Lawatan sambil belajar dari Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Kawasan Jerantut pada  26 Januari 2011. Rombongan seramai 20 orang ini, di ketuai oleh Tuan Haji Saruji bin Abdullah, Ketua Satu DPMP Kawasan Jerantut. Lawatan ini memberikan peluang kepada ahli DPMP untuk berinteraksi dengan pegawai DBP khususnya berkaitan peranan DBP dalam bidang kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan di samping peluang penulisan dan hubungan kerjasama.

Ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Kawasan Jerantut bergambar kenangan di hadapan Galeri Keris Mas

 Bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Tingkat 31, Menara DBP  rombongan ini diberi penerangan dan taklimat berkaitan tentang Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera yang disampaikan oleh Puan Hajah Ratna Inzah binti Datuk Haji Mohd Asri, Puan Hajah Siti Aisah binti Murad memberikan penerangan berkaitan Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, manakala Jabatan Penerbitan disampaikan oleh Editor Kanan iaitu  Puan Zaiton binti Abu Samah.

 Rombongan DPMP ini juga berpeluang membuat lawatan ke Pusat Dokumentasi Melayu bagi melihat secara lebih dekat manuskrip Melayu, koleksi buku-buku terbitan DBP serta fungsi dan peranan PDM dalam usaha pemuliharaan koleksi khazanah Melayu. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Nik Aman bin Nik Yusoff.

Taklimat disampaikan oleh Encik Nik Aman bin Nik Yusoff

 Pada akhir lawatan, Ketua rombongan DPMP Tuan Haji Saruji bin Abdullah mewakili seluruh ahli DPMP menyatakan hasrat untuk bersama-sama DBP memperjuangkan dan memartabatkan Bahasa Kebangsaan serta meletakkan bahasa kebangsaan di tempat yang sewajarnya.

About admin