KOMBO DBP

Kumpulan Korporat dan Muzik Asli DBP (KKMA DBP) atau nama asalnya Dewanada telah ditubuhkan pada tahun 1980-an dan bergiat aktif sehingga sekarang. Salah satu matlamat penubuhan KKMA DBP adalah untuk memberi  peluang kepada semua staf DBP yang berkebolehan bermain alat muzik dan nyanyian mengasah dan memantapkan bakat mereka sekali gus membolehkan mereka membuat persembahan dalam majlis-majlis rasmi DBP dengan lebih baik dan mantap. Penubuhan kumpulan ini juga merupakan saluran dan pentas kepada staf DBP untuk bersosial dan bermasyarakat sesama staf selepas dibebani dengan tugas hakiki di pejabat.

 KKMA DBP merupakan kumpulan korporat di bawah kelolaan Bahagian komunikasi korporat. Kumpulan ini aktif dan popular bukan sahaja dalam kalangan staf DBP, malahan masyarakat luar. Kumpulan ini sering dijemput dan membuat persembahan sebagai kumpulan muzik pengiring mengiringi makan malam dan majlis-majlis rasmi.

 Kepada staf DBP yang berminat untuk menyertai kumpulan KOMBO DBP, sila dapatkan borang penyertaan di Bahagian Komunikasi Korporat, lengkapkan dan serahkan kembali kepada Bahagian Komunikasi Korporat.

About admin