KUMPULAN SELENDANG BUDAYA DBP

Kumpulan Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada tahun 1973.  Kumpulan Kebudayaan ini merupakan salah sebuah kumpulan korporat Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih bergiat aktif sehingga kini.  Bermula dari tahun 1998, kumpulan ini dikenal sebagai Kumpulan Selendang Budaya DBP.  Kumpulan ini dianggotai oleh 21 orang ahli  daripada kalangan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (terdiri daripada tujuh lelaki dan 14 perempuan).   

Penubuhan Kumpulan Selendang Budaya DBP bertujuan memperkembang dan mengekalkan warisan budaya dan kesenian Melayu yang semakin dilupakan oleh sesetengah pihak.  Di samping menghiburkan dan menceriakan pelbagai majlis, terutamanya yang dianjurkan oleh DBP dan pihak luar, kumpulan ini juga berperanan memperkenalkan budaya dan kesenian Melayu pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara program yang pernah disertai ialah Festival Antarabangsa Kebudayaan Rakyat Songkla (Oktober 1981), Festival Antarabangsa Kebudayaan Rakyat Musim Panas di Scazhalombatta, Hungary (13-22 Ogos 1997) dan Festival Dunia – Perarakan Brunssum 2000 di Brunssum, Holland.

Kepada staf DBP yang berminat untuk menyertai kumpulan Kumpulan Selendang Budaya DBP, sila dapatkan borang penyertaan :

 Bahagian Komunikasi Korporat,

Tingkat 11, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Lengkapkan dan serahkan kembali kepada Bahagian Komunikasi Korporat.

About admin