NASYID

Kumpulan Nasyid Rawdah Dewan Bahasa dan Pustaka telah di tubuhkan pada tahun 1992.  Sejak penubuhannya kumpulan ini telah menerpa beberapa kejayaan yang membanggakan dan secara tidak langsung mengangkat imej korporat Dewan Bahasa dan Pustaka.  Antara kejayaan yang dicapai ialah Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Naib Johan Pertandingan Nasyid Kebangsaan pada tahun 1993, Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993, Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan pada tahun 1994, Johan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan pada tahun 1998 (Kategori Tradisi) dan Kumpulan Nasyid Jemputan bagi Festival Nasyid Negeri Sabah pada tahun 1997.  Kumpulan ini juga telah beberapa kali diundang oleh Jawatankuasa Pusat Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa untuk membuat persembahan sempena majlis tersebut,  Johan Festival Nasyid Kebangsaan pada tahun 1999 (Kategori Moden) dan pada tahun 2002, kumpulan nasyid ini telah mendapat Anugerah Lirik Terbaik dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan kali ke-13.

Kumpulan Nasyid Rawdah

MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat kumpulan ini ialah untuk membawa mesej pemikiran Islam, melalui konsep berhibur dalam zikrullah.  Harapan kami ialah semoga konsep ini turut sama diperjuangkan oleh para pendukung salah satu genre hiburan yang kian diminati kini iaitu nasyid.  Kita yakin jika konsep ini dapat didukung bersama oleh seluruh kumpulan nasyid  bermakna masyarakat akan berjaya dibentuk untuk mendapatkan hiburan yang tidak melalaikan.  Malahan akan terbentuklah masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap aliran hidonisme yang kian mengancam umat Islam kini.

Kumpulan Nasyid Rayyan Dewan Bahasa dan Pustaka, telah ditubuhkan pada 6 Februari 2004. Kumpulan ini di bawah bimbingan serta asuhan Yang Bhg. Tuan Hj. Mahzan manan, diketuai oleh Hj. Abu Bakar bin Hj. Buyong, manakala kumpulan ini dianggotai seramai 11 orang pegawai DBP. 


 

About admin