KOIR DBP

Kumpulan Koir DBP telah ditubuhkan pada tahun 1979, dengan bilangan ahli ketika itu seramai 15 orang.  Kumpulan ini pernah dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkaliber dalam bidang muzik seperti Ratu Bagus Sanoesi, Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid Baharuddin dan Tuan Haji Mahzan Manan KMN.  Hasil daripada bimbingan mereka, kumpulan koir ini telah berjaya membuat persembahan dalam pelbagai majlis yang diadakan di DBP, di peringkat kebangsaan dan di peringkat antarabangsa.  Antara majlis yang melibatkan persembahan kumpulan koir DBP, Malam Bahasa Jiwa Bangsa, Sambutan Ulang Tahun DBP, Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), Gerakan Cintailah Bahasa Kita, pelancaran buku dan perasmian seminar, Meraikan Pejuang-pejuang Kebangsaan Menentang Malayan Union, Malam Mawar Merah anjuran Pergerakan Wanita UMNO, Hari Angkatan Pelukis Se-Malaysia dan Malam Puisi Tanah Air.  Lantaran kecemerlangan tersebut, ahli kumpulan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa sehingga berjumlah 45 orang.

Kecemerlangan tidak sahaja tertumpu pada persembahan semata-mata, malahan kumpulan koir DBP turut aktif menganjurkan pelbagai aktiviti luar seperti Bengkel Nyanyian Paduan Suara dan Bengkel Latihan Vokal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional.  Ahli kumpulan ini dilengkapkan dengan ilmu seni muzik seperti  teori muzik, teknik vokal dan penulisan lirik lagu.  Hasilnya, kumpulan ini mampu membawakan pelbagai jenis lagu termasuk lagu-lagu berirama tradisional dan patriotik.  Di samping itu, kumpulan ini turut menganjurkan program lawatan menyaksikan persembahan koir dan menjalinkan kerjasama dengan kumpulan koir lain di peringkat negeri dan kebangsaan.  Semua aktiviti tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya Kecemerlangan tidak sahaja tertumpu pada persembahan semata-mata, malahan kumpulan koir DBP turut aktif menganjurkan pelbagai aktiviti luar seperti Bengkel Nyanyian Paduan Suara dan Bengkel Latihan Vokal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional. 

Kumpulan Koir DBP awal tahun 1970-an

 

 

Mengambil iktibar daripada usaha wira bangsa yang sanggup menggadaikan nyawa semata-mata untuk mengharumkan nama negara seperti Dato’ Azhar Mansor yang membuat pelayaran solo mengelilingi dunia, wira-wira negara yang berjaya menawan puncak tertinggi dunia, juga sejarah yang tercipta buat julung-julung kalinya di Kutub Utara (sekadar memberikan beberapa contoh), maka kumpulan koir DBP tetap utuh bersatu, berjuang mendaulatkan budaya bangsa.  Kumpulan ini mengorak langkah dengan merakamkan lagu di bawah projek Penerbitan Kaset Korporat DBP, sebanyak 12 buah lagu telah dimuatkan dalam kaset tersebut dengan tema yang mendukung penggunaan bahasa Melayu dan perasaan cinta akan tanah air.

Malam Sinar Seni, Balai Budaya DBP, 29 Julai 1970

Kumpulan Koir DBP

Kini, setelah hampir 25 tahun kumpulan ini ditubuhkan terdapat seramai 25 orang warga DBP yang mendaftar sebagai ahli kumpulan.  Usaha sedang giat dilaksanakan untuk menarik minat lebih ramai warga DBP menganggotai kumpulan ini khususnya generasi baru.  Kepada staf DBP yang berminat untuk menyertai kumpulan Koir DBP, sila dapatkan borang penyertaan di Bahagian Komunikasi Korporat, lengkapkan dan serahkan kembali kepada Bahagian Komunikasi Korporat.

 

About admin