SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 1432 H, 1 MALAYSIA 1 UMMAH

Oleh : Abdul Razak Mohammad

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1232H/2011M  dengan Tema 1 Malaysia 1 Ummah pada 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah. Dewan Bahasa dan Pustaka organisasi Badan Berkanun telah diundang oleh JAKIM untuk turut serta dalam perarakkan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Masjid Putra Putrajaya dan berakhir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kontinjen DBP seramai 40 orang telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Kontinjen Dewan Bahasa dan Pustaka

Acara sambutan dimulakan dengan perarakan semua kontinjen dari Kementerian, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, NGO dan sekolah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 8.30 pagi kesemua kontinjen berada dalam ruang  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk acara seterusnya. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1232H/2011M  diserikan dengan kehadiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Shah Tuanku Mizan  Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, YAB Dato’ Seri Najib Tun Bin Haji Abdul Razak dan Isteri, dan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Isteri.

Perarakan Kontinjen DBP sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1432H/2011M

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran  seterusnya ceramah agama Maulidur Rasul. Majlis disusuli dengan ucapan Alu-aluan oleh YB Senator Mejar Jen. Dato’ Seri khir Bin Haji Baharom (B) ,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M. Seterusnya titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Shah Tuanku Mizan  Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M.

Dalam Majlis tersebut, Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Shah Tuanku Mizan  Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut berkenan untuk menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M. Majlis diakhiri dengan persembahan Nasyid , Marhaban dan lagu Tema.

About admin