Forum Hari Guru 2010 Guru Pembina Negara Bangsa

Sekali lagi bulan Mei 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipilih oleh Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru kebangsaan 2010 untuk mengelolakan Forum Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Komunikasi Korporat DBP telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program Forum Pendidikan ini untuk tahun kelima selepas di Kuala Lumpur (2006), Johor Bahru (2007), Melaka (2008) dan Terengganu (2009).

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Pahang dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemilihan negeri Pahang sebagai tempat program berlangsung telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan berlangsung di Negeri Pahang Darul Makmur. Forum yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin, serta panel porum YBhg. Dr. Mohd. Yusof bin Haji Othman, YBhg Prof Madya Dr. Lim Swee Tin dan YBhg. Dr. S. Nathesan. Program seperti ini melahirkan dan menjana pemikiran guru dengan membincangkan tajuk forum Guru Pembina Negara Bangsa. Ulasan daripada panel forum YBhg Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman Pengarah Institut Islam Hadhari, YBhg. Prof Madya Dr Lim Swee Tin pensyarah Fakulti Bahasa Moden UPM dan YBhg Dr. S. Nathesan seorang bekas guru juga Pensyarah sambilan OUM mengupas isu Guru Pembina Negara Bangsa dari sudut pandangan Islam, bahasa, sastera dan juga pengalaman seorang guru.

 Pada keseluruhannya program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jemputan yang terdiri daripada guru-guru yang hadir memenuhi ruang Auditorium Kolej Shahputra, melebihi 500 orang. Majalah terbitan DBP tajaan DAWAMA, buku nota sempena Forum Hari Guru, pen serta brosur tentang Forum Hari Guru telah diedarkan kepada jemputan yang hadir.

About admin