Sambutan Ulang Tahun DBP ke-54

Sambutan Ulang Tahun DBP ke-54 22 Jun 2010 genaplah usia penubuhan DBP ke-54. Sebuah institusi memperjuangkan bahasa sejajar dengan arus pemodenan, DBP terus melakar sejarah dengan mengalas tugas yang diamanahkan oleh kerajaan dengan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan. Justeru itu tarikh keramat ini amat penting untuk diingati oleh pejuang bahasa, kakitangan DBP agar penubuhannya amat jelas diingati dan sebagai pemangkin semangat memperjuangkan bahasa agar segar dan tidak luput ditelan zaman.

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun DBP ke-54, pelbagai pengisian program telah diaturkan bermula 21 Jun hingga 4 Julai 2010 bagi menyemarakkan acara sambutan dan merpatkan hubungan ukhuwah di antara staf DBP, mantan DBP serta karyawan DBP. Acara Sambutan bermula dengan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun DBP ke-54 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Hj Omar pada 21 Jun 2010 bertempat di balai Budaya Tun Syed Nasir. Majlis turut diserikan dengan nyanyian kumpulan Koir DBP, deklamasi puisi oleh Encik Rasdi Daud, nyayian Kumpulan Nasyid Rayyan DBP. Majlis tersebut juga turut disampaikan Anugerah Perkhidmatan DBP 30 tahun dan 35 Tahun.

About admin