Pidato Piala Ketua Pengarah

Pada 22 Jun 2010 berlangsungnya Pertandingan Pidato Piala Ketua Pengarah DBP 2010, anjuran bersama Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Dasar dan Pembangunan Korporat. Tema pidato kali ini  ”Kreativiti dan Inovasi” dan telah disertai oleh tujuh orang peserta daripada staf Jabatan dan Bahagian di DBP.

Johan pertandingan telah disandang oleh Puan Faezah Muhayat Bahagian Teori dan kritikan Sastera, Naib Johan Puan Yusnizarmawar Bahagian Perkamusan dan Tempat Ketiga Puan Norhasmanalinda Mustafa Bahagian Peristilahan. Sagu hati tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Encik Badrul Hisham Bahagian Pengurusan Personel dan Puan Hadine Yunus Gadong. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato Termuzi Hj Abdul Aziz Ketua Pengarah DBP.  Tahniah diucapkan kepada peserta yang menang.

About admin