Pertandiangan Akhir Irama Retro

Pertandingan Akhir Irama Retro telah diadakan pada  malam 23 Jun 2010 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir. Pertandingan yang bertemakan Irama retro 80-an dan 90-an telah menarik minat seramai 18 orang staf DBP. Pertandingan Akhir Irama Retro 2010 dianjurkan bersama Bahagian Komunikasi Korporat dan Biro Kebudayaan Badan Keluarga DBP bertujuan mengetengahkan bakat terpendam yang ada di kalangan staf DBP.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Termuzi Hj Abdul Aziz Ketua Pengarah DBP, Encik Abd Ghapar Abdullah Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Encik Jamaluddin Mohd Sulong Pengerusi Badan Keluarga DBP. Johan Pertandingan Akhir irama Retro  dimenangi oleh Saudara Razid Sahran, Naib Johan Puan Maslinah Yusof dan tempat ketiga Encik Basri. Pemenang tempat pertama membawa pulang wang tunai  RM 800.00 serta trofi, kedua RM 500.00 serta trofi, ketiga RM300.00 serta trofi.

About admin