BENGKEL PEMILIHAN BAHAN PENERBITAN BUKU CERITA RAKYAT SABAH UNTUK KANAK-KANAK

Oleh Noorzanani Haji Kata

 DBPCS sejak penubuhannya telah berusaha mengumpul cerita rakyat di seluruh Sabah. Usaha ini dilakukan untuk memelihara cerita rakyat agar dapat diketahui oleh generasi kini, dan generasi akan datang serta tidak terus lenyap dalam perubahan zaman.

Sehubungan dengan itu, DBPCS telah melaksanakan Bengkel Pemilihan Bahan Penerbitan Buku Cerita Rakyat Sabah untuk Kanak pada 8 – 9 Mac 2010 di DBPCS. Bengkel ini bertujuan untuk memilih cerita rakyat hasil projek pengumpulan cerita rakyat yang diusahakan oleh DBPCS sebelum ini, dan seterusnya menerbitkan cerita rakyat berkenaan.

Hasil bengkel, sebanyak 70 buah cerita rakyat telah dipilih untuk diadaptasi kepada novel kanak-kanak, novel remaja, novel mudah, buku berilustrasi dan buku bergambar mengikut peringkat umur. Penulisan semula akan dilaksanakan oleh para penulis Sabah yang dipilih oleh DBPCS.

Memilih cerita rakyat

Menurut Puan Norjanah Yusof, Ketua Unit Penerbitan DBPCS, penerbitan cerita rakyat ini penting untuk menggalakkan generasi muda mengenali dan mencintai khazanah kesusasteraan tradisional agar dapat membentuk jati diri bangsa Melayu yang berteraskan akar umbi budaya Melayu.

Bengkel ini turut disertai oleh Puan Zainab Kasim, Ketua Bahagian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-Kanak dan Remaja (PURNAMA), Puan Fatimah Zainal, Puan Hajah Asmiah Ajamain, Puan Noorzanani Haji Kata, Puan Hajijah Mainol, dan Puan Haslinah Samad (Pelatih Industri Universiti Malaysia Sabah).

About admin