DBP DAN DBKK PERKUKUH PENGUNAAN BAHASA MELAYU DI TEMPAT AWAM

Oleh Zubaidi Abas

Pemaparan penggunaan bahasa Kebangsaan yang baik dan betul akan terus diberi perhatian dan penegasan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Bagi menjayakan matlamat itu, DBP akan memastikan syarat pengesahan penggunaan bahasa Kebangsaan dipatuhi dan dikuatkuasakan dalam pemberian kelulusan oleh DBKK terhadap sebarang permohonan. Pengarah DBPCS, Encik Zubaidi Abas menyatakan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pihak DBKK yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penilaian DBKK Encik Lifred Wong dan Ketua Bahagian Pelesenan DBKK Sairulnizam Sukor pada 3 Mac 2010 di DBKK.

Encik Zubaidi (dua dari kiri) dalam perbincangan dengan DBKK

 Encik Zubaidi Abas berkata, DBKK merupakan salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik di negara ini dalam penguatkuasaan penggunaan bahasa Kebangsaan di tempat-tempat awam. Beliau berkata lagi, DBKK pada dasarnya telah bersetuju menjadi penggerak kepada pertemuan Penegasan Penggunaan Bahasa Kebangsaan yang akan melibatkan para pengiklanan dan pihak-pihak yang berkaitan pada April ini. Anugerah Citra Iklan akan turut diadakan sebagai salah satu usaha mendidik dan memupuk kesedaran masyarakat tentang penggunaan bahasa Kebangsaan yang betul.

 Pertemuan DBP dan DBKK itu turut disertai Puan Hajah Asmiah Ketua Unit Bahasa DBPCS, dan Encik Muziat Yusuf, Pegawai Projek Peningkatan Citra Kebangsaan DBPCS.

About admin